Assalamualaikum,
Semalaman cuba untuk buka buku pelajaran, tetapi malangnya ditutupkan semula kerana terlalu complicated, rasa macam semester ini terlalu cepat berlalu, tau-tau sahaja sudahpun akan menghadapi peperiksaan terakhir untuk semester kali ini. Bukan apa, rasanya semester kali ini ana agak aktif dalam berpersatuan, baru-baru ini sudah beberapa kali agaknya ana terlibat serta mengambil bahagian dalam menjayakan program sebegini. Walaupun hakikatnya semester sebelum-sebelum ini, hanyalah sekadar peserta yang datang membawa diri.
Kali ini datang program dengan membawa kerisauan, tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah walaupun mungkin tidak sempurna, ada cacat-cela dalam setiap program itu, tetap juga peroleh pengalaman yang menarik. Terutama sewaktu Post Moterm. Kalau kena marah, memang kaw-kaw, kalau dipuji pula, masing-masing tersipe-sipu.
Memang tak dinafikan kerja berpersatuan itu bagus, tetapi bukankah kita sebagai pelajar harus ada tanggungjawab yang sepatutnya diberikan perhatian? Tidak lain tidak bukan ialah kepada pelajaran kita. Ana tak mahu dimarahi ibu bapa dengan dipersalahkan yang kita terlalu asyik melakukan kerja-kerja lain yang menyebabkan kita terleka daripada tanggungjawab seseorang yg dibiayai. Sepatutnya kerja berpersatuan itu bukanlah alasan yang kukuh untuk kita pertikaikan.
Sepatutnya, dalam kerja berpersatuan sekalipun, kita haruslah menanamkan sifat menjaga masa. Tidaklah ana katakan jangan berpersatuan langsung, tetapi hari yang sepatutnya kita lapang, haruslah digunakan untuk menelaah pelajaran. Supaya kita tidak perlu terkejar-kejar hari sebelum exam atau test untuk pulun semuanya. Ini bukan nasihat untuk entum semua tapi ini tazkirah buat diri ana sendiri, kerana ana sangatlah gagal dalam menjaga masa sebaik-baiknya. Di waktu lapang, yang sepatutnya ana buat tutorial bagi matapelajaran lain, sebaliknya ana buat tutorial untuk Photoshop pula.
Pernah terdengar tentang "Intansurullah yunsurukum" ? Iaitu daripada ayat 7 dalam Surah Muhammad. Dimana Allah berfirman, Wahai orang-orang beriman kalau kamu menolong Agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan tapak pendirianmu. Dari situ sepatutnya kita perlu tahu yang jika kita ikhlaskan diri dalam membantu Agama Islam, inshaaAllah Allah akan permudahkan urusan kita juga. Oleh itu, bukanlah ana nak cakap kita tak perlu study langsung, sebaliknya kita harus juga berusaha dan berdoa agar usaha kita yang tidaklah sesempurna mana itu juga akan diberkati.
Alhamdulillah, hari ini cuti hari pekerja, sepatutnyalah ana perlu study untuk final exam yang just around the corner. Tetapi ana ada hal sedikit, inshaaAllah balik nanti ana akan paksa diri ana macam dalam gambar tu. Wallahualam.
Thursday, May 1, 2014
Wednesday, April 30, 2014
WW: Jihad Sabiluna
Mengapa hudud yang dikatakatan 'masih ramai tidak fahami' itu dikatakan
masih tidak bersedia untuk dijalankan?
Sedangkan GST yang lagi ramai TAK faham akan tetap dijalankan serta-merta?
Wallahualam.
Tuesday, April 29, 2014
Usrah Bowling
Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. Setelah seharian menyibukkan diri, akhirnya ada juga kelapangan untuk menaip sesuatu untuk blog baru ni. Ikutkan memanglah terasa macam tak mahu tinggalkan walaupun sehari untuk satu entry, tetapi kita hanyalah manusia lemah yang hanya mampu merancang.
Malam semalam, ataupun kelmarin..? Senang cerita malam ahad tu, ana diberikan peluang untuk mengikuti kuliah dari Ustaz Azhar Idrus live buat pertama kalinya di Masjid Negeri Shah Alam. Sangatlah terujua, kalau sesetengah orang lain mungkin teruja kalau berdepan dengan Barack Obama yang baru datang ke Malaysia? Keterujaan ana mungkin lebih dari itu. Maklumlah sudah beberapa kali mengikuti kuliahnya hanya dengan screen laptop.
Ustaz membawakan tajuk Taharah, iaitu bersuci. Rasanya tak perlu ana ulas di sini kerana lambat laun pasti akan ada individu yg baik hati untuk upload di laman Youtube.
Itu cerita malam itu, malam tadi pula, ana meraikan usrah terakhir buat semester ini dengan usrah bermain bowling di The Mines. Ana memang jarang bermain bowling, jadi ditakdirkan pula untuk kalah (Mendapatkan mata terendah) di pusingan kedua. Hebat2 juga rupanya ikhwah dalam usrah ini, termasuklah Naqibnya. InshaaAllah ada kelapangan nak buat video hasil dari tangkapan gambar-gambar tadi, untuk usrah tersayang ini, supaya dapat juga ditatapi tatkala merindui ukhuwah di kala cuti nanti.
Semoga diperkukuhkan ukhuwah kami atas dasar Taqwa kepadaMu ya Allah. InshaaAllah kalau masih diberi rezeki dapat bertemu lagi pada usrah semester akan datang. Sesungguhnya perancanganMu adalah yang lebih baik. Wallahualam.

Dalam bergelak ketawa, tetap harus ingat
ada mesej yang perlu kita ambil perhatian.
Barulah bermanfaat pengajian kita.
Itu cerita malam itu, malam tadi pula, ana meraikan usrah terakhir buat semester ini dengan usrah bermain bowling di The Mines. Ana memang jarang bermain bowling, jadi ditakdirkan pula untuk kalah (Mendapatkan mata terendah) di pusingan kedua. Hebat2 juga rupanya ikhwah dalam usrah ini, termasuklah Naqibnya. InshaaAllah ada kelapangan nak buat video hasil dari tangkapan gambar-gambar tadi, untuk usrah tersayang ini, supaya dapat juga ditatapi tatkala merindui ukhuwah di kala cuti nanti.
Semoga diperkukuhkan ukhuwah kami atas dasar Taqwa kepadaMu ya Allah. InshaaAllah kalau masih diberi rezeki dapat bertemu lagi pada usrah semester akan datang. Sesungguhnya perancanganMu adalah yang lebih baik. Wallahualam.
Pada Hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa.[Az Zukhruf: Ayat 64]
Sunday, April 27, 2014
WALIMAHal
Assalamualaikum,
Waktu sedang beristirehat di katil empuk milik seorang sahabat, ana terdengarnya memasang satu clip di laptopnya, mungkin dari youtube atau facebook. Iaitu sebuah rakaman Radio HotFM, slot panggilan hangit. Bukanlah ana tak pernah mendengar panggilan seperti ini sebelumnya.
Pernah juga terdengar waktu menumpang kereta rakan dahulu, sebagai seorang penumpang ana tiada hak untuk menyuruhnya mengubahnya. Maklumlah, waktu April Fool dahulu, bukan main menentang 'Prank' yang menipu dengan tujuan jenaka, namun, mengapakah benda
yang berlaku hanya setahun sekali itu kita tentang habis-habisan tetapi benda yang terjadi tiap-tiap hari di radio kita sendiri kita terlepas pandang.
Tetapi bukanlah topik ana hari ini untuk berbicara tentang itu, nak kata ana tak terhibur itu memanglah tipu.
Maklumlah kali ini, mangsa yang mereka cuba ditipu ialah seorang cikgu yang berwatakan lembut. Sangat mengelikan hati adegannya. Cikgu itu ditipu dengan dikatakan bahawa loan yang cuba dipinjam tidak dapat diluluskan. Mengelabah, marah, dukacita, semua jenis perasaan keluar dari luahan cikgu tersebut. Paling menyayat hati ialah apabila dia berkata yang dia sangat memerlukan wang tersebut untuk berkahwin.
APA KATA ANDA?
Tidak dinafikan lagi, kita semua mudah terikut-ikut dengan peredaran masa,
dimana manusia berlumba-lumba untuk meletakkan harga yang mahal
buat perkahwinan masing-masing. Maklumlah tu kan hari special?
Sekali seumur hidup je bro...
Wallahualam, ana yang tiada pengalaman ni tak berani nak cakap lebih.
Tapi bukankah hari yang special tu juga ialah hari yang kita raikan bersama-sama selepas Walimah (Kenduri kahwin). Ana difahamkan meraikan walimah, itu adalah sunnah walaupun dengan sekadar menyembelih seekor kambing. Tetapi pembaziran yang berlebihan itu juga tidak sepatutnya berlaku. Sehinggakan kita terpaksa meminjam wang untuk memiliki sesuatu yang bukanlah kemampuan kita.
Buat pengetahuan ramai, Saidatina Fatimah RA, bukan sahaja seorang yang telah dijanjikan syurga malah dikatakan sebagai seorang ketua bagi wanita di Syurga. Walaupun kedudukan beliau sangatlah tinggi di Syurga, tetapi Rasulullah SAW tetap menolak banyak pinangan daripada golongan yg bukan sahaja alim tetapi bangsawan tetapi sebaliknya bersetuju untuk dikahwinkan dengan Saidina Ali dengan maharnya yang hanya hasil jualan sebuah perisai iaitu antara harta yang dimiliki Saidina Ali RA. Sedangkan orang yang dijanjikan syurga pun berkahwin sebegitu rupa, kita yang syurga entah merasa ke tak, nak pula ala-ala GRAND & ROYAL gitu?
Wallahualam.
#MohonTerasaDiriSendiriJuga :'(
Mari lebih mengenali siapa Saidatina Fatimah RA

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.[Surah An-Nur ayat 32]Ana bukanlah mengatakan tidak boleh - kepada kesempurnaan, tetapi biarlah berpada-pada. Sekarang ini sudah menjadi trend dimana ana sering terlihat sambutan perkahwinan ala-ala grand dan royal yg dirakamkan buat tontonan ramai di youtube dan sebagainya. Di situ ana terlihat banyak komen, terutamanya dari kaum hawa yang mengatakan mereka juga mahu perkahwinan begini. Tak salah berharap, tapi lihatlah dengan kemampuan bakal suami enti. Jangan sampai Walimah itu yang sepatutnya satu ibadah menjadi satu bebanan pula. Kerana bukan Walimah sahaja yang memerlukan duit, lepas dirikan rumahtangga banyak lagi beban yang perlukan duit.
Buat pengetahuan ramai, Saidatina Fatimah RA, bukan sahaja seorang yang telah dijanjikan syurga malah dikatakan sebagai seorang ketua bagi wanita di Syurga. Walaupun kedudukan beliau sangatlah tinggi di Syurga, tetapi Rasulullah SAW tetap menolak banyak pinangan daripada golongan yg bukan sahaja alim tetapi bangsawan tetapi sebaliknya bersetuju untuk dikahwinkan dengan Saidina Ali dengan maharnya yang hanya hasil jualan sebuah perisai iaitu antara harta yang dimiliki Saidina Ali RA. Sedangkan orang yang dijanjikan syurga pun berkahwin sebegitu rupa, kita yang syurga entah merasa ke tak, nak pula ala-ala GRAND & ROYAL gitu?
Wallahualam.
#MohonTerasaDiriSendiriJuga :'(
Mari lebih mengenali siapa Saidatina Fatimah RA
Saturday, April 26, 2014
Manjanya Ikhwah ni
Assalamualaikum,
Semalam baru lepas ujian terakhir Military Territorial Army Federation, dengar macam hebat je kan? Walhal, ana bukanlah daripada sekolah askra ke apa, tetapi ini adalah antara subjek yg wajib diambil di Uniten. Nama lain bagi subjek ini ialah KOR Uniten. Sesuai sangatlah dengan namanya.
Memang ana perasan, sepanjang mengambil kos ini terlalu banyak yang ana mengadu tentangnya. Ada kalanya mengadu tentang mengapa seorang yang mengambil kos kejuruteraa, yg sepatutnya tiada kena mengena dengan askar, perlu juga mengambil subjek begini? Dan macam-macam lagi. Sewaktu itu terasa seperti diri ini sahaja yang betul - apa pun tak boleh.
Namun lama-kelamaan, terfikir juga.. begitu manjanya diri ni. Kata nak jadi seorang perjuang Islam? tetapi belum datang pun lagi mehnah dan tribulasi dalam berjuang sudahpun mengangkat bendera putih. Baru disuruh berlari dalam jerebu dan hujan, belum disuruh berbaring di padang Pasir. Baru disuruh berkawad 30 minit belum diletakkan lagi besi panas di badan.
Pernah dengar kisah seorang sahabat Nabi yang bernama Khabbab bin Arats?
Beliau seorang tukang besi yang telah diseksa dengan diletakkan besi-besi yang panas di belakang badannya. Beliau juga diseksa dengan diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah keluar belakang badan beliau sehingga dapat memadamkan bara api tersebut. Sehinggakan Saidina Umar RA berkata "Saya tidak pernah melihat belakang sebegini."
Beliau pernah sekali pergi mengadu kepada Rasulullah SAW dan meminta Islam dimenangkan dengan cepat. Walaupun Nabi SAW simpati dan sedih terhadap penderitaan beliau tetapi beliau berkata (Mahfumnya)
Adakah kita sudah mengharapkan Islam itu menang sedangkan kita belum diuji dengan benda-benda sebegini? Sudahpun kita diuji, adakah ujian tersebut sudah memadai untuk kita berpuas hati dengan perjuangan kita? Wallahualam, semoga Allah memperkuatkan Iman kita dan sentiasa memberi kita kekuatan untuk bersabar.
Semalam baru lepas ujian terakhir Military Territorial Army Federation, dengar macam hebat je kan? Walhal, ana bukanlah daripada sekolah askra ke apa, tetapi ini adalah antara subjek yg wajib diambil di Uniten. Nama lain bagi subjek ini ialah KOR Uniten. Sesuai sangatlah dengan namanya.
Memang ana perasan, sepanjang mengambil kos ini terlalu banyak yang ana mengadu tentangnya. Ada kalanya mengadu tentang mengapa seorang yang mengambil kos kejuruteraa, yg sepatutnya tiada kena mengena dengan askar, perlu juga mengambil subjek begini? Dan macam-macam lagi. Sewaktu itu terasa seperti diri ini sahaja yang betul - apa pun tak boleh.
Sewaktu Ujian Kawad Kaki Kor Uniten
Pernah dengar kisah seorang sahabat Nabi yang bernama Khabbab bin Arats?
Beliau seorang tukang besi yang telah diseksa dengan diletakkan besi-besi yang panas di belakang badannya. Beliau juga diseksa dengan diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah keluar belakang badan beliau sehingga dapat memadamkan bara api tersebut. Sehinggakan Saidina Umar RA berkata "Saya tidak pernah melihat belakang sebegini."
Beliau pernah sekali pergi mengadu kepada Rasulullah SAW dan meminta Islam dimenangkan dengan cepat. Walaupun Nabi SAW simpati dan sedih terhadap penderitaan beliau tetapi beliau berkata (Mahfumnya)
"Wahai Khabab, sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam di dalam tanah dan dibawa gergaji diletakkan di atas kepalanya digergaji kepadalanya sehingga terotong dua, ada juga yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai isi dan tulangnya, tetapi tidaklah perkara tersebut menyebabkan mereka berpaling dari agama mereka. Sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari Son'a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah SWT dan bimbing serigala yang akan menganggu ternakannya, tetapi kamu wahai Khabab adalah kaum yang tergopoh-gapah."
Adakah kita sudah mengharapkan Islam itu menang sedangkan kita belum diuji dengan benda-benda sebegini? Sudahpun kita diuji, adakah ujian tersebut sudah memadai untuk kita berpuas hati dengan perjuangan kita? Wallahualam, semoga Allah memperkuatkan Iman kita dan sentiasa memberi kita kekuatan untuk bersabar.
Friday, April 25, 2014
#ItsJumaah : It's Jumuah animated
Assalamualaikum
Alhamdulillah, kita masih diberikan rezeki masa dan umur yg panjang untuk menerusi satu lagi hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Banyak sebenarnya amalan sunat yg digalakkan, terutama kepada para Muslimin pada hari ini. Nak cerita mungkin ana sendiri tak larat nak menaip, jadi ana sharekan satu video yang cukup menarik dan padat.
Selamat menonton!
Thursday, April 24, 2014
Ke German membawa Tarbiyah
Assalamualikum,
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Surah Al-Mulk - ayat 15)
Sudah hampir genap 2 minggu abang Naqib ku merantau di negara orang iaitu German. Bukan calang-calang orang yang dapat menerima peluang untuk dihantar ke program pertukaran pelajar di German tajaan Yayasan Tenaga Nasional, YTN. Dikala dalam kesebukan dengan kerja-kerja Tarbiyah, Naqibku berjaya membuktikan bahawa bukanlah alasan kita untuk meninggalkan mata pelajaran, kerana ianya juga adalah salah satu kewajiban bagi seorang pelajar dalam perjuangan berjihad.
Resultnya memang tip-top dalam setiap kali peperiksaan, tak lain tak bukan ialah 4 flat. Pernah sekali dia dapat 3.9+ tetapi dimarahi oleh ayahnya dengan alasan dia terlalu sibuk dalam urusan Kelab sehingga mengabaikan keutamaan belajar. Jadi katanya, dapat result yg tinggi juga adalah satu jalan dakwah untuk mengelakkan fitnah. Kami sebagai mad'u sentiasa respek dengannya bukan sahaja dari segi akademi tetapi dari segi ilmu-ilmu yang lain. Naqibku juga memegang jawatan Lajnah Publisiti & Multimedia Persatuan Pengajian Islam, jadi tahap pengunaan IT dia juga tak kurang hebatnya. Walaupun dari sekolah menengah dahulu aku sudah didedahkan dengan penggunaan Photoshop, tapi apbila aku masuk ke Lajnah tersebut, tetap juga kalah dengan kemahirannya walaupun dia mendakwa masih muda dalam bidang ini, baru belajar lepas masuk Universiti.
Aku yang bukanlah berlatar belakang sekolah agama, tetapi aku bersyukur kerana Allah gerakkan hati aku dulu untuk aku menyertai Kelab PPI (Persatuan Pengajian Islam) dan dimasukkan pula ke dalam Usrah. Memanglah pada peringkat awal terasa seperti paksaan, di mana setelah kami yang mendaftarkan diri dalam Program Ahlan diagihkan pula ke Smart Group (Usrah) tetapi dengan keredaan Allah, hatiku tertarik untuk terus istiqamah dalam mengikutinya sepanjang setahun. Ahli usrah memanglah saling berubah-ubah, kata Naqibku, seperti main game ada level-level tertentu, dimana hanya sebilangan kalangan yg berjaya lepas satu stage itu yang akan maju ke stage seterusnya, sepertimana juga kita menapis untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, begitu juga Allah telah menapis dari kalangan kami untuk melihat siapa yang sebenarnya dalam kerelaan untuk meneruskan perjuangan kami walau di medan kampus.
Pernah sekali di waktu trimester pertama, aku masih teringat dikala bulan Ramadan. Kelasku berlanjutan sampai ke petang, malam itu selepas Maghrib, Naqib kami ingin membuat Usrah di Masjid, yang agak jauh dari asramaku. Tanpa berfikir panjang dan diri dikuasai oleh sifat malas, aku mengambil keputusan untuk ponteng usrah dengan alasan tak larat. Hari seterusnya, aku bertemu dengan Naqib di masjid, waktu tu sedang Iftar kalau tak silap dan dengan slumberland aku beri alasan tak larat.
Naqib aku tidak rugi sesen pun kalau aku tak datang, tetapi yang akan ruginya tidak lain dan tidak bukan ialah empunya diri sendiri. InshaaAllah lepas ni aku akan lebih istiqamah dan beringat tatkala sifat kemalasan datang lagi. Wallahualam.

Ya Muqollibal Quluub, Tsabbit Qolbi A'laa Diinik
Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.
Pernah sekali di waktu trimester pertama, aku masih teringat dikala bulan Ramadan. Kelasku berlanjutan sampai ke petang, malam itu selepas Maghrib, Naqib kami ingin membuat Usrah di Masjid, yang agak jauh dari asramaku. Tanpa berfikir panjang dan diri dikuasai oleh sifat malas, aku mengambil keputusan untuk ponteng usrah dengan alasan tak larat. Hari seterusnya, aku bertemu dengan Naqib di masjid, waktu tu sedang Iftar kalau tak silap dan dengan slumberland aku beri alasan tak larat.
Naqib aku tidak rugi sesen pun kalau aku tak datang, tetapi yang akan ruginya tidak lain dan tidak bukan ialah empunya diri sendiri. InshaaAllah lepas ni aku akan lebih istiqamah dan beringat tatkala sifat kemalasan datang lagi. Wallahualam.
Subscribe to:
Comments (Atom)