Mengapa hudud yang dikatakatan 'masih ramai tidak fahami' itu dikatakan
masih tidak bersedia untuk dijalankan?
Sedangkan GST yang lagi ramai TAK faham akan tetap dijalankan serta-merta?
Wallahualam.
Pada Hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa.[Az Zukhruf: Ayat 64]
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.[Surah An-Nur ayat 32]Ana bukanlah mengatakan tidak boleh - kepada kesempurnaan, tetapi biarlah berpada-pada. Sekarang ini sudah menjadi trend dimana ana sering terlihat sambutan perkahwinan ala-ala grand dan royal yg dirakamkan buat tontonan ramai di youtube dan sebagainya. Di situ ana terlihat banyak komen, terutamanya dari kaum hawa yang mengatakan mereka juga mahu perkahwinan begini. Tak salah berharap, tapi lihatlah dengan kemampuan bakal suami enti. Jangan sampai Walimah itu yang sepatutnya satu ibadah menjadi satu bebanan pula. Kerana bukan Walimah sahaja yang memerlukan duit, lepas dirikan rumahtangga banyak lagi beban yang perlukan duit.
"Wahai Khabab, sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam di dalam tanah dan dibawa gergaji diletakkan di atas kepalanya digergaji kepadalanya sehingga terotong dua, ada juga yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai isi dan tulangnya, tetapi tidaklah perkara tersebut menyebabkan mereka berpaling dari agama mereka. Sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari Son'a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah SWT dan bimbing serigala yang akan menganggu ternakannya, tetapi kamu wahai Khabab adalah kaum yang tergopoh-gapah."
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Surah Al-Mulk - ayat 15)
Ya Muqollibal Quluub, Tsabbit Qolbi A'laa Diinik
Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.