Assalamualaikum,
Semalaman cuba untuk buka buku pelajaran, tetapi malangnya ditutupkan semula kerana terlalu complicated, rasa macam semester ini terlalu cepat berlalu, tau-tau sahaja sudahpun akan menghadapi peperiksaan terakhir untuk semester kali ini. Bukan apa, rasanya semester kali ini ana agak aktif dalam berpersatuan, baru-baru ini sudah beberapa kali agaknya ana terlibat serta mengambil bahagian dalam menjayakan program sebegini. Walaupun hakikatnya semester sebelum-sebelum ini, hanyalah sekadar peserta yang datang membawa diri.
Kali ini datang program dengan membawa kerisauan, tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah walaupun mungkin tidak sempurna, ada cacat-cela dalam setiap program itu, tetap juga peroleh pengalaman yang menarik. Terutama sewaktu Post Moterm. Kalau kena marah, memang kaw-kaw, kalau dipuji pula, masing-masing tersipe-sipu.
Memang tak dinafikan kerja berpersatuan itu bagus, tetapi bukankah kita sebagai pelajar harus ada tanggungjawab yang sepatutnya diberikan perhatian? Tidak lain tidak bukan ialah kepada pelajaran kita. Ana tak mahu dimarahi ibu bapa dengan dipersalahkan yang kita terlalu asyik melakukan kerja-kerja lain yang menyebabkan kita terleka daripada tanggungjawab seseorang yg dibiayai. Sepatutnya kerja berpersatuan itu bukanlah alasan yang kukuh untuk kita pertikaikan.
Sepatutnya, dalam kerja berpersatuan sekalipun, kita haruslah menanamkan sifat menjaga masa. Tidaklah ana katakan jangan berpersatuan langsung, tetapi hari yang sepatutnya kita lapang, haruslah digunakan untuk menelaah pelajaran. Supaya kita tidak perlu terkejar-kejar hari sebelum exam atau test untuk pulun semuanya. Ini bukan nasihat untuk entum semua tapi ini tazkirah buat diri ana sendiri, kerana ana sangatlah gagal dalam menjaga masa sebaik-baiknya. Di waktu lapang, yang sepatutnya ana buat tutorial bagi matapelajaran lain, sebaliknya ana buat tutorial untuk Photoshop pula.
Pernah terdengar tentang "Intansurullah yunsurukum" ? Iaitu daripada ayat 7 dalam Surah Muhammad. Dimana Allah berfirman, Wahai orang-orang beriman kalau kamu menolong Agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan tapak pendirianmu. Dari situ sepatutnya kita perlu tahu yang jika kita ikhlaskan diri dalam membantu Agama Islam, inshaaAllah Allah akan permudahkan urusan kita juga. Oleh itu, bukanlah ana nak cakap kita tak perlu study langsung, sebaliknya kita harus juga berusaha dan berdoa agar usaha kita yang tidaklah sesempurna mana itu juga akan diberkati.
Alhamdulillah, hari ini cuti hari pekerja, sepatutnyalah ana perlu study untuk final exam yang just around the corner. Tetapi ana ada hal sedikit, inshaaAllah balik nanti ana akan paksa diri ana macam dalam gambar tu. Wallahualam.
