Semalam baru lepas ujian terakhir Military Territorial Army Federation, dengar macam hebat je kan? Walhal, ana bukanlah daripada sekolah askra ke apa, tetapi ini adalah antara subjek yg wajib diambil di Uniten. Nama lain bagi subjek ini ialah KOR Uniten. Sesuai sangatlah dengan namanya.
Memang ana perasan, sepanjang mengambil kos ini terlalu banyak yang ana mengadu tentangnya. Ada kalanya mengadu tentang mengapa seorang yang mengambil kos kejuruteraa, yg sepatutnya tiada kena mengena dengan askar, perlu juga mengambil subjek begini? Dan macam-macam lagi. Sewaktu itu terasa seperti diri ini sahaja yang betul - apa pun tak boleh.
Sewaktu Ujian Kawad Kaki Kor Uniten
Pernah dengar kisah seorang sahabat Nabi yang bernama Khabbab bin Arats?
Beliau seorang tukang besi yang telah diseksa dengan diletakkan besi-besi yang panas di belakang badannya. Beliau juga diseksa dengan diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah keluar belakang badan beliau sehingga dapat memadamkan bara api tersebut. Sehinggakan Saidina Umar RA berkata "Saya tidak pernah melihat belakang sebegini."
Beliau pernah sekali pergi mengadu kepada Rasulullah SAW dan meminta Islam dimenangkan dengan cepat. Walaupun Nabi SAW simpati dan sedih terhadap penderitaan beliau tetapi beliau berkata (Mahfumnya)
"Wahai Khabab, sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam di dalam tanah dan dibawa gergaji diletakkan di atas kepalanya digergaji kepadalanya sehingga terotong dua, ada juga yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai isi dan tulangnya, tetapi tidaklah perkara tersebut menyebabkan mereka berpaling dari agama mereka. Sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari Son'a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah SWT dan bimbing serigala yang akan menganggu ternakannya, tetapi kamu wahai Khabab adalah kaum yang tergopoh-gapah."
Adakah kita sudah mengharapkan Islam itu menang sedangkan kita belum diuji dengan benda-benda sebegini? Sudahpun kita diuji, adakah ujian tersebut sudah memadai untuk kita berpuas hati dengan perjuangan kita? Wallahualam, semoga Allah memperkuatkan Iman kita dan sentiasa memberi kita kekuatan untuk bersabar.

Insapnye T_T thanks for remind
ReplyDeleteNp, thanks for reading!
ReplyDeleteT.kasih atas peringatan dan perkongsian
ReplyDelete