Tuesday, April 22, 2014

Tak kenal maka Tak Aruf.

Assalmualaikum,

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Al Hujurat ayat 13)

Rasanya ini sudah kali ke berapa saya membuat blog baru. Nampak sangatlah tuan empunya diri kurang setia dengan penulisannya sendiri. Bukan apa, cuma kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan dunia masing-masing sampaikan kadang-kadang alpa membuat perkara-perkara yang tak bermanfaat.

Jadi pendekatan saya yang terbaru ialah dengan cuba membuat blog yang mungkin dapat memberi sedikit input buat pembaca-pembaca, jikalau ada. Kalau tak ada pun tak mengapa, syok sendiri pun apa salahnya kan? Tanpa membuang masa membaca, eloklah saya perkenalkan sedikit tentang diri saya. Bak kata orang, tak kenal maka ta'aruf, bukan Cinta eh? Lain bunyinya.


Nama pena yang cukup popular dikalangan teman-teman ialah Raziten. Belajar di Universiti Tenaga Nasional, Uniten Putrajaya di dalam bidang kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Anak yang kedua daripada 4 orang adik beradik. Umur adalah dirahsiakan tetapi tak muda sangat dan juga tak lah tua sangat. Pendirian hidup ialah sentiasa mencari jalan yang menuju Qalbun Salim. Matlamat hidup tidak lain tidak bukan, ialah menuju kembali ke tempat asal kita.

Hobi saya dari dulu sampai sekarang ialah melukis, dan apa-apa yang berkaitan dengan lukisan. Juga sangat minat menghabiskan masa dengan anime dan melayari internet. Rasanya setakat ini sajalah taa'ruf saya, kalau ada rezeki inshaaAllah saya akan update lagi. 
Syukran.

6 comments:

  1. Lorh, waiting for your post on raziten but when I click on the blog link, it's no longer available. Anyway, congratulation for your new blog. You still alive. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga istiqamah :) can't wait your new update.

    ReplyDelete
  3. Oh yeah I deleted my old blog
    Sorry..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Adik...long time no see...hehe..
    Congratulations on your new blog...hope it will be beneficial to others too..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Raziten. patutla bila klik blog lama dah takde.
    ok selamat berkarya + menyebar dakwah :)


    Anamizu.

    ReplyDelete
  6. hehe, menarik tagline, tak kenal maka taaruf. :) salam taaruf Raziten

    ReplyDelete