Tuesday, April 29, 2014

Usrah Bowling

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Setelah seharian menyibukkan diri, akhirnya ada juga kelapangan untuk menaip sesuatu untuk blog baru ni. Ikutkan memanglah terasa macam tak mahu tinggalkan walaupun sehari untuk satu entry, tetapi kita hanyalah manusia lemah yang hanya mampu merancang.

Malam semalam, ataupun kelmarin..? Senang cerita malam ahad tu, ana diberikan peluang untuk mengikuti kuliah dari Ustaz Azhar Idrus live buat pertama kalinya di Masjid Negeri Shah Alam. Sangatlah terujua, kalau sesetengah orang lain mungkin teruja kalau berdepan dengan Barack Obama yang baru datang ke Malaysia? Keterujaan ana mungkin lebih dari itu. Maklumlah sudah beberapa kali mengikuti kuliahnya hanya dengan screen laptop.

Ustaz membawakan tajuk Taharah, iaitu bersuci. Rasanya tak perlu ana ulas di sini kerana lambat laun pasti akan ada individu yg baik hati untuk upload di laman Youtube.

Dalam bergelak ketawa, tetap harus ingat
ada mesej yang perlu kita ambil perhatian.
Barulah bermanfaat pengajian kita.

Itu cerita malam itu, malam tadi pula, ana meraikan usrah terakhir buat semester ini dengan usrah bermain bowling di The Mines. Ana memang jarang bermain bowling, jadi ditakdirkan pula untuk kalah (Mendapatkan mata terendah) di pusingan kedua. Hebat2 juga rupanya ikhwah dalam usrah ini, termasuklah Naqibnya. InshaaAllah ada kelapangan nak buat video hasil dari tangkapan gambar-gambar tadi, untuk usrah tersayang ini, supaya dapat juga ditatapi tatkala merindui ukhuwah di kala cuti nanti.

Semoga diperkukuhkan ukhuwah kami atas dasar Taqwa kepadaMu ya Allah. InshaaAllah kalau masih diberi rezeki dapat bertemu lagi pada usrah semester akan datang. Sesungguhnya perancanganMu adalah yang lebih baik. Wallahualam.
Pada Hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa.
[Az Zukhruf: Ayat 64]

5 comments:

  1. cantik blog baru :)
    blog lama terus tutup kedai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. thanks, aah tutup kedai dah blog lama

      Delete
  2. razi is it really youu? wahhh. belog wajah baru. hihi. dah tak tulis englishhh yeee. eheh. btw untunglaa dapat pergi kuliahh UAI. rituhh deeya ada terserempak dengan ustaz kat pasar. apelagi eksaited gilaaa ahh terus bergambar :D

    ReplyDelete