Waktu sedang beristirehat di katil empuk milik seorang sahabat, ana terdengarnya memasang satu clip di laptopnya, mungkin dari youtube atau facebook. Iaitu sebuah rakaman Radio HotFM, slot panggilan hangit. Bukanlah ana tak pernah mendengar panggilan seperti ini sebelumnya.
Pernah juga terdengar waktu menumpang kereta rakan dahulu, sebagai seorang penumpang ana tiada hak untuk menyuruhnya mengubahnya. Maklumlah, waktu April Fool dahulu, bukan main menentang 'Prank' yang menipu dengan tujuan jenaka, namun, mengapakah benda
yang berlaku hanya setahun sekali itu kita tentang habis-habisan tetapi benda yang terjadi tiap-tiap hari di radio kita sendiri kita terlepas pandang.
Tetapi bukanlah topik ana hari ini untuk berbicara tentang itu, nak kata ana tak terhibur itu memanglah tipu.
Maklumlah kali ini, mangsa yang mereka cuba ditipu ialah seorang cikgu yang berwatakan lembut. Sangat mengelikan hati adegannya. Cikgu itu ditipu dengan dikatakan bahawa loan yang cuba dipinjam tidak dapat diluluskan. Mengelabah, marah, dukacita, semua jenis perasaan keluar dari luahan cikgu tersebut. Paling menyayat hati ialah apabila dia berkata yang dia sangat memerlukan wang tersebut untuk berkahwin.
APA KATA ANDA?
Tidak dinafikan lagi, kita semua mudah terikut-ikut dengan peredaran masa,
dimana manusia berlumba-lumba untuk meletakkan harga yang mahal
buat perkahwinan masing-masing. Maklumlah tu kan hari special?
Sekali seumur hidup je bro...
Wallahualam, ana yang tiada pengalaman ni tak berani nak cakap lebih.
Tapi bukankah hari yang special tu juga ialah hari yang kita raikan bersama-sama selepas Walimah (Kenduri kahwin). Ana difahamkan meraikan walimah, itu adalah sunnah walaupun dengan sekadar menyembelih seekor kambing. Tetapi pembaziran yang berlebihan itu juga tidak sepatutnya berlaku. Sehinggakan kita terpaksa meminjam wang untuk memiliki sesuatu yang bukanlah kemampuan kita.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.[Surah An-Nur ayat 32]Ana bukanlah mengatakan tidak boleh - kepada kesempurnaan, tetapi biarlah berpada-pada. Sekarang ini sudah menjadi trend dimana ana sering terlihat sambutan perkahwinan ala-ala grand dan royal yg dirakamkan buat tontonan ramai di youtube dan sebagainya. Di situ ana terlihat banyak komen, terutamanya dari kaum hawa yang mengatakan mereka juga mahu perkahwinan begini. Tak salah berharap, tapi lihatlah dengan kemampuan bakal suami enti. Jangan sampai Walimah itu yang sepatutnya satu ibadah menjadi satu bebanan pula. Kerana bukan Walimah sahaja yang memerlukan duit, lepas dirikan rumahtangga banyak lagi beban yang perlukan duit.
Buat pengetahuan ramai, Saidatina Fatimah RA, bukan sahaja seorang yang telah dijanjikan syurga malah dikatakan sebagai seorang ketua bagi wanita di Syurga. Walaupun kedudukan beliau sangatlah tinggi di Syurga, tetapi Rasulullah SAW tetap menolak banyak pinangan daripada golongan yg bukan sahaja alim tetapi bangsawan tetapi sebaliknya bersetuju untuk dikahwinkan dengan Saidina Ali dengan maharnya yang hanya hasil jualan sebuah perisai iaitu antara harta yang dimiliki Saidina Ali RA. Sedangkan orang yang dijanjikan syurga pun berkahwin sebegitu rupa, kita yang syurga entah merasa ke tak, nak pula ala-ala GRAND & ROYAL gitu?
Wallahualam.
#MohonTerasaDiriSendiriJuga :'(
Mari lebih mengenali siapa Saidatina Fatimah RA

hmm betul juga. huhuhu
ReplyDeletedf pun hrp yg simple simple jee. taknaklah sampai duit tak cukup hee.
btw nak tanye. lukis cartoon tu pakai software ape ye? memang minat melukis ye?
lukis guna software Paint tool SAI, memang minat melukis tapi lukisan comot2 je lah.. tak boleh nak challange lukisan Conan
DeleteTulah kan. Bersederhana sudahlah. Lagi penuh barakah rasanya. Drp membazir buat majlis kawen grand2, baik simpan duit tu utk tampung perbelanjaan keluarga satgi. Haha
ReplyDeleteHehe betul tu saudari, kita nak buat majlis utk dapat keredaan Allah bukanlah pujian manusia semata-mata :D
Deletehehehehehe sikit2 lama2 boleh kawin ...kiut je
ReplyDeletesalam razi... blog lama dah tak ada ek?? betul tu razi.. tak berkenan betul la yang grand2 ni... Ice Princess
ReplyDeleteWaalaikumsalam, aah blog lama dah delete.. tengah cuba nak bagi komitmen kat blog baru ni pula
Delete